©



Tentang Kami
#TeamInspiritGila ialah nama sekumpulan Inspirits di Malaysia yang menggilai Infinite yang berperangai gila-gila. Team ini telah ditubuhkan pada 27 Julai 2012 berikutan isu Myungsoo tertinggal selipar yang sedang dipakainya dalam teaser She's Back Jap Version. Nama team ini dimulakan dengan 'hashtag' membuktikan bahawa sudah terang lagi bersuluh di mana team ini mula ditubuhkan di twitter dan bukanlah facebook, group #TeamInspiritGila di facebook hanyalah sebagai satu lagi 'cawangan' team ini.

Peristiwa Myungsoo tertinggal selipar telah mula disedari olah Hara (@HaraLKim) yang kemudiannya menyebarkan hal ini kepada rakan-rakannya (disamping mencipta hashtag #MyungsooTertinggalSelipar) yang kemudian menyebarkan peristiwa ini ke seluruh empat penjuru alam. Sesetengah Inspirits kemudiannya memulakan Gerakan Spazz Tentang Selipar Myungsoo 2012 sehingga meng-stimulasi-kan pemikiran Safwa (@eljoee_) untuk mencipta hashtag #TeamInspiritGila yang akhirnya digunakan oleh semua pihak. #TeamInspiritGila kemudiaannya ditubuhkan sebagai group rasmi di facebook pada 29 Julai 2012 oleh Meera Malina (@meerajunnie) dan sama-sama dikendalikan oleh adiknya, Meera Seobie (@cherryytomato).

#TeamInspiritGila mula menempa nama di kalangan kpoppers apabila semakin hari semakin ramai pihak yang berminat untuk menyertai team ini, disamping nama team ini turut memberi inspirasi kepada fandom lain untuk menubuhkan team mereka tersendiri. Walaupun team ini kelihatan seperti team biasa yang sengaja diwujudkan atas alasan untuk bersuka-suka, namun faktanya ialah team ini wujud dalam Wikipedia. Meskipun pihak yang mendaftarkan nama team ini dalam Wikipedia masih belum dikenalpasti, namun kami amat bersuka cita akan hal tersebut. Selain wikipedia, #TeamInspiritGila juga sudah mengukuhkan kedudukan team dengan mencipta baju rasmi team, dan perniagaan berjaya ini dikendalikan oleh pemilik group, Meera Malina beserta adiknya, Meera Seobie.

#TeamInspiritGila juga dikenali oleh seorang selebriti/pelakon yang cukup popular di Malaysia, Nazim Othman. Pada hari pertama/kedua #MyungsooTertinggalSelipar dan #TeamInspiritGila ditrendingkan, beliau telah memberikan shoutout kepada #TeamInspiritGila melalui twitternya (@NazimOthman). Ini membuatkan semua ahli #TeamInspiritGila berasa gembira dan juga sebagai pembakar semangat untuk kami trendingkan kedua-dua hashtag tersebut. Beliau juga terkenal di kalangan kpoppers kerana minat beliau yang mendalam terhadap genre k-pop. Hashtag #TeamInspiritGila pernah berjaya memasuki trending topics di twitter dan bahkan pernah memasuki trending worldwide selama dua saat namun kerana sikap sesetengah pihak yang tidak gemar akan kebahagiaan pihak lain, #TeamInspiritGila telah dicemuh dan dikatakan sebagai komuniti kanak-kanak yang datang dari facebook dan hanya inginkan perhatian dan populariti. #TeamInspiritGila tidak mengejar popular, popular yang mengejar kami. Walaupun kami sama sekali tidak mengenali antara satu sama lain, namun hubungan yang terjalin atas dasar ke-selipar-an ini benar-benar memberi impak yang besar dalam hidup kami. Semoga kewujudan #TeamInspiritGila menjadi fenomena untuk masyarakat kita saling menyayangi antara satu sama lain selain mengukuhkan sokongan kepada Infinite. Akhir kata, majulah selipar untuk #TeamInspiritGila. Semoga Infinite menyedari kewujudan team kita.


Ditulis oleh: CEO #TeamInspiritGila, Balqis Huda (@hoyanism)
Diedit oleh: Noor Safwa (eljoee_)